11) Pembelajaran atas talian
Sepanjang musim kawalan pergerakan berlangsung , pihak kerajaan telah memutuskan agar semua proses pembelajaran adalah melalui atas talian sahaja . Hal ini adalah untuk mengelakkan pengumpulan orang ramai yang akan memudahkan virus Covid19 merebak .
Pembelajaran atas talian ada kebaikan dan keburukannya . Kebaikan yang dapat diperoleh ialah mahasiswa mudah untuk belajar bersama pensyarah menerusi alam maya . Walaupun bukan secara bersemuka , namun ilmu tetap dapat disampaikan dan diperoleh dengan mudah . Pembelajaran atas talian juga dapat mengisi masa lapang mahasiswa di rumah masing-masing sekaligus menambahkan ilmu pengetahuan .
Manakala keburukan pembelajaran atas talian yang dikesan adalah kesukaran mendapatkan internet . Tidak semua mahasiswa mempunyai rangkaian internet yang bagus , justeru ini akan mengakibatkan mereka ketinggalan dalam pelajaran . Keburukan yang lain pula , pembelajaran atas talian lebih sukar untuk difahami berbanding kuliah didalam kelas , disebabkan gangguan suara dan ketidaklancaran video sukar untuk diatasi .
Namun , apakan daya . Kita sebagai rakyat perlu patuh dan akur akan perintah kerajaan dan bersama berganding bahu menghentikan rangkaian Covid19 .
Ulasan
Catat Ulasan