2) Hari raya yang kosong
Genap sudah sebulan berpuasa , esok hari raya Aidilfitri akan menjelang . Maka genap empat bulan jugalah Mak Katija meninggalkan dunia ini . Pak Maidin menyambut hari raya tahun ini agak berbeza berbanding tahun sebelum-sebelum ini . Kerana pada awal tahun ini isteri tercintanya , Mak Katija sudah pulang menghadap penciptanya . Perginya tanpa asbab amat mengejutkan Pak Maidin dan seisi keluarga .
Sepanjang Ramadhan berlalu , Pak Maidin hanya fokus beribadah dan banyak bersedekah dengan niat segala kebaikan diberikan kepada arwah isterinya . Sahurnya sendiri berbukanya juga sendirian .
Di pagi hari raya takbir berkumandang sayu kedengaran , terdengar tangisan teresak-esak Pak Maidin di sisi perkuburan isterinya . Pastinya dia merindui isterinya yang tercinta . Pastinya dia merindui juadah hari raya masakan isterinya . Namun apakan daya Tuhan lebih menyayanginya .

Ulasan
Catat Ulasan