1) Pengalaman memasuki kelas penglahiran bakat kreatif 

Kelas dimulakan jam 9 pagi , kami memasuki kelas sebelum pensyarah masuk . Kami masing- masing mengambil tempat dan bersiap siaga mengeluarkan buku nota khas untuk mencatat segala yang akan disampaikan oleh pensyarah nanti . 

Tepat jam 9.10 pagi pensyarah penglahiran bakat kreatif kami masuk ke dewan kuliah . Kami terus fokus ke arahnya . Setelah memperkenalkan diri , Puan Hamisah melanjutkan perbualan dengan menerangkan lebih mendalam mengenai kursus kali ini . Kami mencatat segala maklumat dengan terperinci .

Tiba waktu dan giliran kami pula untuk memperkenalkan diri . Kami terdiri daripada pelajar aliran sastera bahasa Ingeris dan sastera bahasa Arab . Bilangan kami seramai 67 orang .

Selesai kami memperkenalkan diri , Puan Hamisah menyerahkan tugasan kepada kami . Kami dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberi mengikut tema , syarat , dan waktu yang telah ditetapkan .   

Ulasan

Catatan Popular