Langkau ke kandungan utama

Catatan

Yang Ditampilkan

14) Cita-Cita Setiap orang mempunyai cita-cita. Cita-cita itulah yang akan menjadi pendorong kepada seseorang untuk belajar bersungguh-sungguh. Cita-cita yang dipilih haruslah manfaat untuk diri, masyarakat dan negara.  Cita-cita saya ingin menjadi doktor kerana saya ingin membantu orang sakit dan saya suka menolong orang yang dalam memerlukan. Dalam keluarga saya masih belum ada lagi yang menjadi doktor. Saya yakin suatu hari nanti saya akan menjadi doktor dan mencapai cita-cita saya.  Dalam mengejar impian saya, ibu bapa saya adalah insan yang banyak memberi dorongan. Mereka sering memberi kata-kata perangsang dan membantu saya merealisasikan cita-cita saya. Selain itu. guru dan rakan-rakan juga banyak mendorong saya. Saya yakin cita-cita saya akan tercapai berkat doa mereka. 

Catatan Terbaharu