7) Pengalaman di kampung

Kami sering pulang ke kampung sebulan sekali , walaupun atuk dan nenek sudah lama meninggal  . Kampung kami terletak di Chaah , Ayer Hitam . Salah seorang adik ibu tinggal di rumah atuk nenek ,  jadi setiap kali pulang ke kampung kami akan bertemu dengannya .

Setiap kali akan menjelangnya hari raya , semua adik beradik , sepupu sepapat , cucu cicit akan berkumpul di kampung dua hari lebih awal . Kami akan memasak , mengemas rumah , membuat kuih , mengayam ketupat bersama-sama sebagai persiapan menjelang hari raya . Tidak lupa juga , pada malam hari raya kami pasti akan bermain mercun bersama , baik yang tua mahupun yang muda .

Pada pagi hari raya kami akan ke masjid untuk mendirikan solat sunat hari raya secara berjemaah . Selepas pulang dari masjid , kami akan bersiap dengan pakaian raya masing-masing dan bertakbir raya bersama kemudian bersalam-salaman. Kami akan berfoto bersama setiap tahun sebagai kenangan di hari raya . Setelah selesai barulah kami akan menjamah juadah hari raya .

Walaupun atuk dan nenek sudah tiada , namun  kami seolah-olah dapat merasakan kehadiran mereka pada tiap kali kami kumpul bersama .

Ulasan

Catatan Popular