3) Nasi Lemak
Di Malaysia terdapat pelbagai makanan tradisi mengikut kaum .
Semua kaum di Malaysia saling berkongsi makanan tradisi dengan kaum yang lain . Bukan hanya makanan malah adat budaya , tradisi juga dikongsi bersama .
Makanan yang menjadi simbolik bagi Malaysia adalah nasi lemak .
Kaum Melayu merupakan pengasas bagi makanan ini . Menjadi kebiasaan rakyat Malaysia mengambil nasi lemak ketika sarapan sebagai tenaga di pagi hari sebelum mula bekerja .
Kini kaum selain Melayu yakni Cina dan India juga menggemarkannya . Mereka bukan sahaja membeli malah mampu juga untuk masak sendiri . Dan kini nasi lemak dapat dinikmati pada bila-bila masa sahaja .
Pada zaman dahulu , untuk mendapatakan nasi lemak jika seseorang itu berada di luar negara adalah amat sukar , namun kini nasi lemak sudah sampai ke luar negara dan orang luar negara juga rata-rata menyukai nasi lemak . Identiti Malaysia sudah terbang tinggi ke negara luar .
Ulasan
Catat Ulasan