4) Baju kurung

Seperti sedia maklum , baju kurung merupakan pakaian tradisi kaum Melayu . Pakaian kebiasaan wanita- wanita Melayu terdahulu . Terserlah keayuan dan kelembutan seorang wanita apabila memakai baju kurung . 

Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum . Kaum selain Melayu juga memakai baju kurung ketika menghadiri majlis formal . Seperti contoh yang dapat dilihat , di setiap universiti , apabila mahasiswa ingin membuat pembentangan , mereka wajib memakai baju yang tampak formal dan sopan . Hal ini tidak sulit buat mahasiswi Cina dan India kerana sudah menjadi kebiasaan mereka akan memakai baju kurung pada setiap kali waktu pembentangan .

Boleh dikatakan setiap warga Cina dan India pastinya memiliki sepasang baju kurung yang mana juga melambangkan kerakyatan mereka sebagai rakyat Malaysia .

Ulasan

Catatan Popular