6) Ego

Hauraa dan Husna merupakan sahabat karib sejak sekolah menengah lagi . Mereka bertemu dan berkenalan di alam persekolahan menengah . Mereka berdua tinggal di daerah yang sama , Kluang . Banyak kenangan yang mereka cipta bersama .

Namun ketika di tingkatan 5 pergaduhan kecil telah berlaku antara mereka . Entah apa puncanya , mereka akhirnya renggang . Dari yang dahulunya berkongsi cerita bersama , makan bersama , duduk bersebelahan , bergelak tawa bersama kininya sudah menjadi sendirian .

Kerana ego yang tinggi dalam diri mereka , tiada sudah sapaan antara satu sama lain , tiada sudah perbulan antara mereka . Hingga tamat persekolahan mereka masih begitu , begitu sahajalah tamat persahabatan mereka . 

Hanya kerana ego , persahabatan yang telah dibina terabai begitu sahaja .

Ulasan

Catatan Popular