12) Ramadhan 2020
Ramadhan pada tahun ini terasa lebih indah dan seronok sekali. Semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama dari awal berpuasa sehingga akhir puasa. Pelbagai aktiviti kerohanian dan jasmani dapat dilakukan secara berjamaah.
Setiap ahli keluarga pastinya merebut peluang mengerjakan ibadah terawih secara berjemaah di rumah. Walaupun tidak dapat ke masjid, namun pahala berjemaah tidak akan dirugikan begitu sahaja.
Semua dapat duduk bersama selepas menunaikan solat fardhu secara berjemaah untuk tadarus al-quran bersama. Saling membantu untuk memeriksa kesalahan tajwid dan tahap hafalan surah.
Tidak melepaskan peluang keemasan untuk merebut malam Lailatul Qadar bersama. Solat-solat sunat juga dilaksanakan secara berjemaah. Selepas selesai, semua berkumpul untuk makan sahur bersama.
Mungkin hanya pada tahun 2020 kita dapat merasai semua nikmat dan kemanisan ini. Siapa sangka perancangan Tuhan begitu indah sekali.

Ulasan
Catat Ulasan